Jom...sama-sama kita BERSANTAI

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog ini...blog ini berkisarkan tentang kisah hidup masyarakat kita sekarang ini...terutama buat ibu2 yg BREASTFEEDING...x kira dimana jua anda berada...jom kita BERSANTAI...

Jom Bersantai

Jumaat, 24 Jun 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?

Santai Bersama BEN ASHAARI
Siapa nk join..click header di atas k..

Salam..Saya sebagai suri rumah sepenuh masa di rumah ini..Sebagai blogger baru.. saya tak ada mengalami tekanan apa2 pun.. kehidupan diuruskan seperti biasa.. Peluang untuk berblogging cuma digunakan pada waktu petang sahaja..
kerana pagi..saya perlu menguruskan anak2 dan malam suami..

Setakat ini..suami saya tidak membebel ke mencarut..dia terima hobi baru saya..

itu jew..hope dapat tunjuk ajar dari semua..

Sabtu, 18 Jun 2011

Pesan Si Tua Untuk Si Muda

Saya suka enekdot ini:


                Suatu ketika dahulu, ketika terlantar sakit dan diberitahu oleh tabib bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelaki tua memanggil dua orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik.
                "Anak-anak ayah... bila ayah sudah tidak ada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sekali-kali menagih hutang pada orang yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali kamu membenarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan berjaya," pesan lelaki tua itu.
               Tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembus kan nafasnya yang terakhir.
               Selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkannya diuruskan oleh dua anak lelakinya tadi. Kedua-dua beradik berkenaan menuruti pesanan yang di tinggalkan oleh arwah ayah mereka. Anehnya, selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merudum. Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan oleh si abang pula bertambah besar dan maju.
              Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya tadi. Dia bertanya, apa terjadi dengan perniagaan mereka. Si adik terus mengeluh dan memberitahu, kini dia hampir bankrap.
             "Apa yang kamu buat? Kamu ikut tak pesanan arwah ayah kamu," tanya si ibu.
             "Ikut mak. Saya tidak pernah menagih hutang daripada mereka yang berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tidak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang itu terlalu banyak sampai saya kehabisan modal.
             "Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit tambahan bagi membayar tambang beca untuk ke kedai. Mak, sekarang duit saya dah tak ada lagi, saya kena tutup perniagaan saya."
              Si ibu pula berpaling ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.
              Jawab si abang, "Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat semua keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar dengan tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancar.
            "Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik dari tempat kerja, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari terbenam. Ayah memang bijak, pelanggan saya semakin hari bertambah sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat."
           Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud di sebalik pesanan yang di tinggalkan oleh arwah ayahnya dulu.
           Pembaca sekalian, orang tua adalah orang yang tinggi akalnya. Mereka tahu asam garam dunia dan sering menguji kita dengan cara yang tidak kita duga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapis permukaan saja. Orang muda yang berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka.

Saya juga suka enekdot kedua ini:

          Ketika matahari sedang memancar terik di atas kepala, dari jauh seorang anak muda melihat ada seorang lelaki tua sedang mundar- mandir sendirian di gigi pantai. Lelaki tua itu diperhatikannya mengutip sesuatu di pasir, kemudian memasukkannya dengan cermat ke dalam laut. Perkara itu di lakukannya berulang-ulang kali, sambil berjalan perlahan-lahan menyusuri pantai.
          Anak muda ini memakai topinya, kemudian menghampiri lelaki tua berkenaan. Apa yang dilihatnya ialah lelaki tua itu sedang terketar-ketar mengutip tapak sulaiman yang banyak terdampar di sepanjang pantai, kemudian memasukkannya seekor demi seekor ke dalam laut.
          "Kenapa pak cik buat ini semua?" tanya anak muda itu selepas memperkenalkan diri.
          "Air laut sedang surut, sedangkan sekarang ini matahari tengah terik. Kesian haiwan-haiwan ini," jawab lelaki tua itu sambil melepaskan seekor lagi tapak sulaiman ke dalam air.
           "Tapi pak cik, pantai ini berkilometer panjangnya, pak cik tak kan terdaya sampai ke penghujungnya. Tapak sulaiman ini pula terlalu banyak, bertaburan di sepanjang pantai. Apa yang pak cik buat ini tak kan mengubah apa-apa pun," kata anak muda itu lagi.
           Lelaki tua tersenyum. "Memang betul... tapi ia dapat mengubah nasib setiap ekor tapak sulaiman yang pak cik selamatkan ini."
           Pembaca sekalian, hati orang tua penuh dengan kasih sayang. Perasaan itu sangat halus, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi insan/sesuatu yang mereka kasihi. Tetapi orang muda tidak memahaminya. Sebaliknya, orang muda sering lupa dan memperlecehkan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua.

Anekdot ketiga ini juga menarik:

             
Seorang lelaki tua, miskin dan tinggal seorang diri, ditegur oleh jirannya ketika dia sedang menanam sebatang pokok di tepi rumah kecilnya. Kata jirannya yang muda serta kaya itu, "Pak cik, pokok durian yang pak cik tanam ini cuma boleh berbuah dalam tujuh atau lapan tahun lagi. Tapi sekarang usia pak cik sudah lebih 80 tahun. Minta maaf cakap... saya rasa pak cik tak sempat nak makan buah-buah durian itu."
           Jawab lelaki tua itu, "Memang betul, nak... mungkin pak cik tak kan sempat makan buah durian ini. Tapi sepanjang hidup pak cik, pak cik makan durian yang ditanam oleh orang lain. Pak cik tak kan dapat makan durian kalau mereka tak buat apa yang pak cik buat sekarang. Sekarang pak cik mahu membalas jasa mereka yang telah menanamkan pokok durian untuk pak cik nikmati buahnya."
          Sekali lagi orang tua sentiasa mengenang jasa orang lain kepada mereka, walau sekecil manapun jasa itu. Sebelum pergi, mereka akan berusaha untuk meninggalkan kebaikan supaya dapat dinikmati oleh orang yang akan di tinggalkan. Orang muda pula ada sebahagiannya sanggup berparang serta berbunuh-bunuhan demi merebut harta yang di tinggalkan oleh arwah orang tua mereka.

Anekdot terakhir:

             Ketika seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga, datang seorang budak muda duduk di sebelahnya . Si budak muda ini mengeluarkan rokok dari poket lalu menghisapnya. Habis sebatang, dia menghisap sebatang lagi, dan lagi, dan lagi. Lelaki tua terus memerhati dan apabila budak muda itu mula hendak menghisap rokoknya
            "Boleh," jawab budak muda itu acuh tak acuh.
            "Nak... jangan hisab rokok tak baik untuk kesihatan dan tak elok bagi kesihatan orang-orang yang ada di sebelah kita," kata lelaki tua itu.
            Balas si budak muda itu, "Atuk saya pun ada nasihat juga."
           "Dia pun kata jangan hisap rokok juga kan?" tanya lelaki tua.
           "Tak. Atuk saya cakap JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN!"
            Haa... anak muda kita ramai yang spesis macam ni. Anda ada rasa macam nak sekeh aje tak kepala budak-budak macam ni?

           

Selasa, 14 Jun 2011

PepAtAh OrAnG TUa-TuA

                                                                  WAKTU
   Mereka yang berbahagia adalah mereka yg selalu meyisihkan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyisihkan waktu untuk tertawa kerana ketawa itu bagaikan muzik di jiwanya, menyisihkan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu menambahkan kemajuannya, menyisihkan waktu untuk beramal kerana beramal itu adalah kejayaannya, menyisihkan waktu untuk bergurau kerana guaru senda menambah cerianya dan menyisihkan waktu beribadat kerana ibadat itu adalah ibu ketenangan jiwa.

                    *****************

                          MAKAN
   
Orang tua dulu-dulu selalu mengingatkan kita supaya berhenti makan sebelum kenyang. Jangan makan sehingga terlebih kenyang. Sesungguhnya mereka yang selalu kekenyangan akan bertambah dagingnya. Apabila bertambah dagingnya, maka bertambahlah nafsunye.Apabila bertambah nafsunya maka bertambahlah dosanya. Apabila bertambah dosanya maka bertambahlah keras hatinya. Segala pertambahan ini akhirnya akan menenggelamkan dia ke alam bencana dunia.


                    *****************

                     
PENGALAMAN...
     Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga jenis. Pertama yang dikatakan bijak dan berpengalaman kerana belajar daripada pengalaman sendiri. Kedua, mereka yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya kerana golongan ini belajar dalam pengalaman orang lain. Ketiga, mereka yang hanyut dengan kebodohan sendiri kerana tidak mahu belajar daripada pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain.
                       

                        

Khamis, 9 Jun 2011

AWAS! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN

            Bayangkan gambar anda mandi, tidur dan ketika bersama pasangan telah dicuri dan dipaparkan kepada umum. Masih ingat beberapa tahun yang lepasdimana pelajar2 perempuan UM telah di skodeng dan dirakam oleh tuan rumah sewanya sendiri? Baru2 ini, beberapa orang ahli poltik terkenal pula dimasukkan kedalam DVD dan dirakam menggunakan kamera wireless. Alat skodeng yang sangat efesyen ini telah menggugat privacy kita semua. Bagi kaum wanita ia merupakan satu igauanngeri untuk memasuki tandas di Midvally atau KL Sentral kerana ragu2 samada terdapat kamera tersembunyi didalammya.

           Sebenarnya stalker atau voyeur ini tidak memilih mangsa. Cantik atau tidak, bukam menjadi keutamaan mereka tetapi jika anda mengikuti tips dibawah ia boleh mengurangkan potensi anda untuk di skodeng. Mungkin kekasih, suami, isteri, saingan yang menyebabkan anda jadi mangsa.

           Ada satu alat yang boleh mengesan kamera wireless ni. Alat ini memang satu keperluan untuk isteri, anak perempaun, adik perempuan atau kakak kita pada masa kini. Saudara saudari atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahuitentang alat ini bolehlah lawati WWW.ANTI-HIDDENCAM.COM.

           
Semoga kita semua di elakkan dari keaiban zaman teknologi canggih kini.Di bawah ini saya sediakan tips bagi mengelakkan kita di intip oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

TIPS BAGI MENGELAKKAN DIRI ANDA DI INTIP!

1. Pilih tandas anda.
2. Perhatikan objek2 dalam ruangan tersebut.
3. Jika tukar atau mencuba pakaian pastikan tiada objek asing dlm bilik tersebut.
4. Jika tandas, pastika tiada gumpalan tisu atau kotak rokok atau perhatikan pada bahagian paip atau tangki.
5. Pilih pasangan anda, kalau terlalu kacak atau cantik, suruh dia pakai hijab atau cover dan tidak perlu bersolek.
6. Jaga adap dan kelakuan.
7. Jangan seksi. Sebaik baiknya pakai tudung.
8. Jangan senang2 tidur di mana-mana hotel.

Ahad, 5 Jun 2011

Lamb Chop

hihihi...mesti korang semua ckp aku ni x biasa mkn benda alah ni...org klate kata(darak)...bukan apa org kg mmg lah mcm ni...bila hidup kat bandar je blh merasa...sedap gak, lain kali blh cuba lg,InsyaAllah....
lamb chop....br jer dpt merasa





Sabtu, 4 Jun 2011

cr novel yg x de

Hr ini merupakan hr ct umum...esok ct lg, bg org yg berkerja lah. Aku hr2 cuti...lwt ptg td aku dan famaly keluar, tujuan sbnrnye nak g cr novel, dah beberapa buah kedai buku aku singgah tp 1 pun xde novel yg aku nak tu. Novel lain belambaklah smpai x leh nak bilang...hihihi
Last sekali aku tnya org yg jaga counter tu, dia ckp novel tu dah hbs...huhu melepas lah jwbnye. Nak tunggu dia oder mesti lambat...so aku pun beli lah novel lain..harganye 19 hinggit 90 sen...x tau ape critanye...blm lg baca...

SAYA BLOGGER HIJAU YANG CINTAKAN KEHIJAUAN DUNIA..

Santai Bersama BEN ASHAARI

Saya blogger hijau daun pisang lagi.. baru kelmarin buat blog.. ni nak join segmen abang ben.. hopefully betul la apa yg sy buat ni...

DUNIA BLOG BERMAKNA BAGI SAYA KERANA:


1) Tak ada lain sebab selain dari, SAYA SUKA MENULIS
2) Untuk kongsi cerita yang tak berapa best mana pun..heheh
3) Untuk kongsi karya aku sebagai penulis HIJAU.
4) Untuk tambah kenalan dan baca hasil tulisan dorang juga. :)
5) Untuk tingkatkan gaya penulisan aku.


Yang penting, aku tulis blog sebab aku memang suka gila MENULIS. :D

Jumaat, 3 Jun 2011

salam...

terima kasih buat bdk yg tolong aku hasilkan blog ni...wlpun belum fasih tp aku cuba....lain kali blh coret2 pasal perihal diri aku...